KLINIK VS

Vaksin Meningococcal Untuk Haji & Umrah

Vaksin Meningococcal untuk jemaah Haji dan Umrah di Klinik VS

Vaksin wajib mengikut syarat Kerajaan Arab Saudi

         Perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia yang berkumpul di kawasan sesak dalam tempoh yang lama. Oleh itu, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan Vaksin Meningococcal bagi membantu melindungi kesihatan dan mencegah penularan penyakit berjangkit.

Vaksin Meningococcal untuk jemaah Haji dan Umrah di Klinik VS

1. Mengapa vaksin ini diwajibkan?

Vaksin Umrah Haji bukan sekadar memenuhi syarat perjalanan, tetapi bertujuan melindungi kesihatan jemaah daripada penyakit berjangkit yang serius. Suntikan yang dilakukan di klinik yang tidak berdaftar atau menggunakan vaksin yang tidak sah boleh menjejaskan keselamatan dan kesahihan sijil vaksinasi.

Jemaah juga perlu berhati-hati dengan tawaran harga yang terlalu murah atau terlalu mahal berbanding harga pasaran, kerana ia boleh menimbulkan keraguan terhadap kualiti vaksin yang digunakan.

2. Mengapa vaksin ini diwajibkan?

  1. Lebih daripada 2 juta jemaah dari 184 negara berkumpul setiap tahun
  2. Jemaah berada di kawasan yang padat dan sesak untuk tempoh yang panjang
  3. Terdapat risiko penyebaran penyakit berjangkit dengan lebih mudah
  4. Sesetengah jemaah mempunyai faktor risiko penyakit serius seperti warga emas dan pesakit kronik

3. Apakah itu Vaksin Meningococcal?

Vaksin Meningococcal ialah vaksin yang membantu melindungi daripada jangkitan bakteria Neisseria meningitidis, yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti:

  • Meningitis (radang selaput otak)
  • Jangkitan dalam darah (septicaemia)

Penyakit ini boleh merebak melalui titisan pernafasan seperti batuk, bersin atau kontak rapat.

Vaksin Meningococcal untuk jemaah Haji dan Umrah di Klinik VS

4. Syarat Pengambilan Vaksin

Vaksin Wajib: Meningococcal Vaccine

Menurut syarat semasa Kerajaan Arab Saudi:

  • Vaksin perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh perjalanan
  • Sijil vaksin masih sah jika vaksin diambil dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun
  • Sijil atau rekod vaksin perlu dibawa semasa urusan perjalanan dan permohonan visa

Kesimpulan

Pemilihan tempat suntikan vaksin Umrah dan Haji di Johor perlu dibuat dengan teliti. Klinik yang sah, doktor yang berpengalaman dan vaksin yang berkualiti adalah kunci kepada perlindungan kesihatan yang sebenar. Jangan hanya menilai berdasarkan harga semata-mata, tetapi utamakan keselamatan dan kesahihan vaksin.

KLINIK VS komited untuk membantu jemaah mendapatkan vaksin Umrah dan Haji dengan cara yang betul, selamat dan dipercayai—supaya anda boleh menunaikan ibadah dengan lebih tenang dan yakin.

Promosi di KLINIK VS

VAKSIN MENINGOCOCCAL di Johor

Tel/WA : 017-215 3096

Address: 81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 

81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim