KLINIK VS

VAKSIN UMRAH dan HAJI

Vaksin Umrah dan Haji di KLINIK VS Pasir Gudang

       

         Persediaan kesihatan adalah langkah penting sebelum menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Di KLINIK VS, kami menyediakan perkhidmatan vaksin Umrah dan Haji mengikut keperluan dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang ibadah.

          Vaksin Meningococcal adalah WAJIB untuk semua jemaah Umrah dan Haji. Selain itu, jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau mempunyai penyakit kronik adalah digalakkan untuk mendapatkan vaksin tambahan seperti Influenza dan Pneumococcal bagi mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi kesihatan.

Perkhidmatan vaksin Umrah dan Haji di KLINIK VS termasuk:

  • Konsultasi doktor untuk penilaian kesesuaian vaksin
  • Pemberian Vaksin Meningococcal (wajib)
  • Vaksin tambahan yang disarankan seperti Influenza dan Pneumococcal 23
  • Nasihat kesihatan dan penjagaan diri sebelum dan semasa ibadah
____________________________________________________________
 

Walk-in dialu-alukan. Tiada temujanji diperlukan:

         Jemaah boleh terus hadir ke klinik sepanjang waktu operasi untuk mendapatkan perkhidmatan vaksinasi secara cepat dan selamat.

         Untuk memastikan ketersediaan vaksin, anda boleh menghubungi klinik terlebih dahulu sebelum hadir.

____________________________________________________________



KLINIK VS Information

Tel/WA : 017-215 3096

Address: 81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 

81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim