
Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji / Umrah di Klinik VS Pasir Gudang, Johor
Jika anda sedang mencari klinik pemeriksaan kesihatan untuk Tabung Haji pada harga yang berpatutan, Klinik VS Johor sedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan lengkap mengikut garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Tabung Haji.
Kami beroperasi sepanjang hari (Isnin – Ahad), dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam.
✓ Konsultasi Doktor
✓ Pemeriksaan Fizikal
✓ Ujian Klinikal Wajib: SSKM+, STS, ECAQ +/-, Kelas Fungsional, MRS
✓ Ujian Penglihatan
✓ Indeks Jisim Badan (BMI)
✓ Konsultasi Doktor
✓ Pemeriksaan Fizikal
✓ Ujian Klinikal Wajib: SSKM+, STS, ECAQ +/-, Kelas Fungsional, MRS
✓ Ujian Penglihatan
✓ Indeks Jisim Badan (BMI)
✓ Ujian Darah Penuh (FBC)
✓ Ujian Gula Darah Berpuasa
✓ Ujian HbA1C
✓ Profil Lipid / Kolesterol
✓ Ujian Fungsi Hati
✓ Ujian Fungsi Buah Pinggang
✓ Ujian Tulang & Mineral
✓ Ujian Air Kencing (Urine FEME)
ECG (Ujian Jantung): RM 35
X-Ray: RM 65
UPT (Ujian Kehamilan): RM 10
MENINGOCOCCAL: RM 140 (Vaksin Wajib)
COMBO 1: RM 339
Meningococcal + Influenza + Pneumococcal 23
COMBO 2: RM 199
Meningococcal + Influenza
Untuk perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta suntikan vaksin di Klinik VS, anda boleh terus Walk-In tanpa perlu membuat sebarang tempahan atau janji temu (No Booking / No Appointment).
Sama ada anda mahu melengkapkan borang kesihatan Tabung Haji dengan segera, kesuntukan masa, atau memerlukan perkhidmatan suntikan vaksin pantas, Klinik VS sedia memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, dan memudahcara urusan anda!
Pilihan Pakej & Harga:
PAKEJ A (Pemeriksaan Asas): RM50 seorang
PAKEJ B (Pemeriksaan Lengkap Darah & Air Kencing): RM118 seorang
Pakej Vaksin Single / Kombo: RM140 hingga RM339 seorang (Termasuk ujian kesihatan/vaksin mengikut pilihan, konsultasi doktor, pemeriksaan fizikal & vital signs, pengisian Buku Rekod Kesihatan Tabung Haji / Buku Kuning, serta kemaskini rekod)
Ujian Tambahan (Add-on):
ECG (Ujian Jantung): RM35 | X-Ray: RM65 | UPT (Ujian Kehamilan): RM10
Walk-In Clinic (Individu / Keluarga): Tersedia setiap hari
Waktu Operasi: 9:00 AM – 9:00 PM (Isnin hingga Ahad)
Appointment: Tidak diperlukan (Boleh terus walk-in)
Klinik VS Information
Tel/WhatsApp: 017-215 3096
Address: 81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim
Pemeriksaan kesihatan ialah penilaian tahap kesihatan fizikal dan klinikal secara menyeluruh bagi memastikan bakal jemaah berada dalam keadaan sihat, stabil dan mempu melaksanakan ibadah Haji atau Umrah dengan sempurna di Tanah Suci. Pemeriksaan ini merangkumi ujian fizikal, ujian darat/air kencing, serta penilaian risiko kesihatan mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji.
Prosesnya sangat mudah, pantas, dan teratur:
Hadir Secara Walk-In: Datang terus ke Klinik VS pada bila-bila masa (9:00 AM – 9:00 PM setiap hari) tanpa perlu sebarang janji temu (no appointment).
Pendaftaran: Daftar di kaunter dan serahkan Kad Pengenalan (IC) serta Buku/Borang Kesihatan Tabung Haji anda.
Pemeriksaan Fizikal & Vital Signs: Petugas klinik akan mengukur berat badan, tinggi (BMI), tekanan darah, dan ujian penglihatan.
Konsultasi Doktor & Pengambilan Sampel:
Ujian klinikal dan pemeriksaan fizikal dilakukan oleh doktor bertauliah.
Sampel darah dan air kencing akan diambil (sekiranya mengambil Pakej B / atas permintaan).
Doktor akan menilai status kesihatan dan melengkapkan borang/buku kesihatan anda.
Penerimaan Dokumen: Menerima dokumen kesihatan/buku rekod yang telah dilengkapkan.
Pembayaran: Membuat pembayaran di kaunter selepas selesai konsultasi.
Pemberitahuan Keputusan: Pihak klinik akan memaklumkan keputusan ujian darah dan X-Ray anda dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Tidak perlu. Anda boleh terus Walk-In ke Klinik VS pada bila-bila masa dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam (Isnin hingga Ahad). Walau bagaimanapun, jika anda datang secara berkumpulan atau bersama keluarga yang ramai, anda boleh memaklumkan pihak kami terlebih dahulu melalui WhatsApp di 017-215 3096 untuk urusan yang lebih lancar.
Pemeriksaan Fizikal & Pakej A (RM50): Keputusan dan pengisian borang boleh disiapkan pada hari yang sama semasa sesi konsultasi doktor.
Ujian Darah & Air Kencing / Pakej B (RM118): Keputusan ujian makmal biasanya siap dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja. Pihak klinik akan menghubungi anda sebaik sahaja keputusan makmal diterima.
Kad Pengenalan (IC) original.
Buku Rekod Kesihatan Tabung Haji / Borang Pemeriksaan Kesihatan (sekiranya ada).
Rekod Perubatan / Buku Temujanji Hospital (jika anda mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, atau sakit jantung).
Senarai ubat-ubatan yang sedang diambil (jika ada).
Ya. Doktor di Klinik VS akan memeriksa, melengkapkan, dan menandatangani Buku Rekod Kesihatan / Borang Kesihatan Tabung Haji anda mengikut standard yang ditetapkan.
Ujian ECG (RM35) dan Chest X-Ray (RM65) adalah ujian tambahan (Add-ons). Keperluan ujian ini bergantung kepada umur jemaah, sejarah kesihatan, atau atas saranan doktor/syarat khas Tabung Haji bagi memastikan tahap kesihatan paru-paru dan jantung anda berada pada tahap yang memuaskan.
Boleh, sangat digalakkan! Anda boleh melengkapkan ujian pemeriksaan kesihatan (medical check-up) dan menerima suntikan vaksin wajib (Meningococcal ACWY) atau vaksin tambahan (Influenza/Pneumococcal) dalam satu sesi lawatan sahaja untuk menjimatkan masa anda.
Ya, layak. Menghidap penyakit kronik tidak bermakna anda tidak boleh menunai ibadah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan penyakit anda berada dalam keadaan terkawal (stabilized). Doktor kami akan memberikan konsultasi perubatan, menyelaraskan bekalan ubat-ubatan, dan memberikan nasihat penjagaan kesihatan yang betul sepanjang anda berada di Tanah Suci.
Jangan risau. Doktor kami akan menerangkan keputusan ujian anda secara terperinci. Jika terdapat bacaan yang memerlukan perhatian (seperti bacaan gula atau tekanan darah sedikit tinggi), doktor akan memberikan rawatan awal atau pelan pemantauan supaya kesihatan anda kembali stabil sebelum tarikh berlepas.
Sebaik sahaja anda mendapat surat tawaran Tabung Haji atau telah mengesahkan pakej Umrah anda. Melakukan pemeriksaan lebih awal memberi anda masa yang cukup untuk menstabilkan kesihatan atau membuat ujian susulan jika diperlukan tanpa rasa tergesa-gesa.
Doktor Bertauliah & Diiktiraf: Dijalankan oleh doktor perubatan yang berpengalaman mengikut garis panduan rasmi Tabung Haji & KKM.
Perkhidmatan Mesra & Mesra-Warga Emas: Staf kami bersedia memudahcara dan membimbing jemaah (terutamanya jemaah warga emas) sepanjang proses pemeriksaan.
Masa Menunggu Yang Singkat: Fleksibiliti walk-in membolehkan anda melengkapkan urusan kesihatan dengan pantas tanpa Perlu beratur panjang.
Pengisian Borang Yang Lengkap: Kami memastikan Buku Rekod Kesihatan Tabung Haji anda diisi dengan teliti dan sah mengikut piawaian.
Tel/WhatsApp: 017-215 3096
Alamat: 81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim