Skip to main content

KLINIK VS

MESAS2U GDL PSV

Pemeriksaan kesihatan MESAS2U untuk pembaharuan lesen GDL PSV di KLINIK VS Pasir Gudang

MESAS2U oleh PERKESO untuk Pembaharuan Lesen GDL/PSV di Pasir Gudang, Johor

Apa Itu MESAS2U oleh PERKESO untuk Pembaharuan Lesen GDL/PSV??

MESAS2U ialah sebuah platform kerjasama bersama PERKESO melalui Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) yang diwujudkan di bawah Belanjawan MADANI.

Program ini bertujuan membantu pemandu kenderaan komersial menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan laporan perubatan bagi tujuan pembaharuan lesen vokasional GDL/PSV.

Melalui program ini, tahap kesihatan pemandu dapat dinilai bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat, selamat dan sesuai untuk menjalankan tugas sebagai pemandu kenderaan komersial.

1. Siapa Yang Layak Menggunakan MESAS2U untuk Pembaharuan Lesen GDL/PSV?

Pemandu yang ingin menggunakan kemudahan MESAS2U perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  3. Mempunyai caruman PERKESO yang masih aktif
  4. Memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk pembaharuan lesen vokasional berikut:
  • PSV E – Lesen kenderaan penumpang seperti bas
  • GDL E – Lesen kenderaan barangan seperti lori kotak / kenderaan rigid
  • GDL E – Lesen untuk treler / kepala treler

2. Apakah Jenis Pemeriksaan Kesihatan yang Disediakan di Bawah Program Ini??

  1. General Physical Examination / Pemeriksaan fizikal umum
  2. Vision Test/ Pemeriksaan penglihatan
  3. Hearing Test/ Pemeriksaan pendengaran
  4. Obstructive Sleep Apnea (OSA) Screening/ Saringan Obstructive Sleep Apnea (OSA)
  5. Neurological & Musculoskeletal Assessment/ Pemeriksaan neurologi dan muskuloskeletal
  6. Cardiovascular Examination/ Pemeriksaan kardiovaskular
  7. Respiratory Examination/ Pemeriksaan sistem pernafasan
  8. Diabetes Screening/ Saringan diabetes

3. Cara Menggunakan MESAS2U di KLINIK VS

Proses pemeriksaan kesihatan MESAS2U adalah mudah dan ringkas:

💡Langkah 1: Semak Kelayakan 

Anda boleh membuat semakan kelayakan sendiri dari rumah atau datang ke KLINIK VS untuk mendapatkan bantuan kami.

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui platform MESAS2U: www.MESAS2U.com

💡Langkah 2: Sediakan Dokumen

  • MyKad / IC
  • Lesen Vokasional (VDL)

💡Langkah 3: Jalani Pemeriksaan Kesihatan
Hadir ke KLINIK VS untuk pemeriksaan kesihatan mengikut keperluan JPJL8A.

💡Langkah 4: Bayaran dibuat melalui platform MESAS2U.

💡Langkah 5:Selepas pemeriksaan, anda akan menerima laporan pemeriksaan kesihatan dan Borang JPJL8A.

💡Langkah 6: Bawa Borang JPJL8A dan laporan pemeriksaan ke JPJ untuk meneruskan pembaharuan lesen GDL/PSV.

Pemeriksaan kesihatan MESAS2U untuk pembaharuan lesen GDL PSV di KLINIK VS Pasir Gudang

4. Mengapa Memilih Program MESAS2U?

MESAS2U membantu memudahkan proses pemeriksaan kesihatan bagi pemandu yang layak untuk pembaharuan lesen GDL/PSV.

Antara manfaatnya ialah:

✅ Kos pemeriksaan hanya RM30
✅ Membantu mengurangkan kos mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk pembaharuan lesen
✅ Proses pemeriksaan lebih mudah dan tersusun
✅ Pemeriksaan merangkumi aspek kesihatan yang penting untuk keselamatan pemandu
✅ Membantu memastikan pemandu kenderaan komersial berada dalam keadaan sihat dan selamat ketika menjalankan tugas

5. Pemeriksaan Kesihatan MESAS2U untuk GDL/PSV di KLINIK VS Pasir Gudang, Johor

KLINIK VS mengambil bahagian dalam program MESAS2U untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pemandu yang layak untuk pembaharuan lesen GDL/PSV di Pasir Gudang, Johor.

Jika anda seorang pemandu GDL atau PSV yang memenuhi syarat kelayakan MESAS2U, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di KLINIK VS, Kota Masai, Pasir Gudang.

Kami menyediakan proses pemeriksaan yang mudah, profesional dan teratur, supaya anda boleh melengkapkan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan sebelum meneruskan urusan pembaharuan lesen di JPJ.

🚛 Perlu Renew Lesen GDL/PSV? Buat Pemeriksaan MESAS2U di KLINIK VS!

Jangan tunggu sehingga lesen anda hampir tamat tempoh.

Jika anda berumur 40–59 tahun, merupakan pencarum PERKESO yang aktif dan memenuhi syarat MESAS2U, buat semakan kelayakan anda hari ini.

Tel/WA : 017-215 3096

Address: 81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 

81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim

 

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 40 hingga 59 tahun yang mempunyai caruman PERKESO aktif dan memenuhi syarat untuk pembaharuan lesen GDL/PSV.

MESAS2U ialah platform di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) bersama PERKESO yang menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pemandu yang layak untuk tujuan pembaharuan lesen GDL/PSV.

Kos pemeriksaan kesihatan di bawah program MESAS2U ialah RM30, dengan bayaran dibuat melalui platform MESAS2U.

Pemandu perlu menyediakan:

  • MyKad / IC
  • Lesen Vokasional (VDL)

Pemeriksaan merangkumi pemeriksaan fizikal umum, penglihatan, pendengaran, saringan OSA, neurologi dan muskuloskeletal, kardiovaskular, sistem pernafasan serta saringan diabetes mengikut keperluan.

Tidak. Ujian HbA1c diperlukan bagi pencarum yang telah didiagnosis menghidap diabetes, mengikut keperluan program.

Ya. Selepas pemeriksaan selesai, pemandu akan menerima laporan pemeriksaan kesihatan dan Borang JPJL8A untuk tujuan pembaharuan lesen GDL/PSV.

Ya. Anda boleh membuat semakan kelayakan melalui MESAS2U atau mendapatkan bantuan daripada KLINIK VS, Kota Masai, Pasir Gudang.

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan MESAS2U di:

KLINIK VS
81, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim.

📞 017-215 3096

Bawa Borang JPJL8A dan laporan pemeriksaan kesihatan ke JPJ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen GDL/PSV.

Ya. Jika anda kurang biasa dengan proses online, KLINIK VS boleh membantu anda memahami proses dan semakan kelayakan MESAS2U, supaya urusan anda lebih mudah dan lancar.

Tidak. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di KLINIK VS sebagai klinik panel MESAS2U. Kami membantu memastikan proses pemeriksaan anda berjalan dengan mudah dan teratur.

Ya. Pasukan KLINIK VS bersedia membantu anda dari semakan kelayakan sehingga selesai pemeriksaan kesihatan, supaya proses pembaharuan lesen GDL/PSV menjadi lebih mudah dan lancar.

Selepas pemeriksaan, anda akan menerima laporan pemeriksaan kesihatan dan Borang JPJL8A. Bawa dokumen tersebut ke JPJ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen GDL/PSV.

Jika anda memenuhi syarat MESAS2U, datang ke KLINIK VS untuk mendapatkan bantuan semakan kelayakan dan pemeriksaan kesihatan.

📍 KLINIK VS, Kota Masai, Pasir Gudang
📞 017-215 3096

Semak kelayakan → Pemeriksaan kesihatan → Dapatkan JPJL8A → Teruskan pembaharuan lesen di JPJ.